TEKNIK PEMBUATAN KOMPOS
Oleh
MOHD
RADZl BIN MD NOOR
Bahagian
Pengurusan Tanah,
Jabatan
Pertanian,
Teluk
Chengai, Kedah
||
Home
||
1. APA
DIA KOMPOS
Kompos
ialah sejenis baja organik asli yang diperbuat daripada bahan organic seperti
sisa-sisa buangan tanaman dan ternakan melalui proses penguraian oleh mikroorganisma
ke bentuk yang memudahkan zat-zat nutrien yang terkandung didalamnya diserap
oleh tumbuh-tumbuhan.
2. KEBAIKAN
KOMPOS
i)
Sebagai
Pemulih Tanah
Baja kompos membaiki struktur tanah, mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan
larutiesap nutrien, membaiki pengudaraan dan membaiki pergerakan air.
ii)
Sebagai
Penyubur Tanah
Kompos
mengandungi nutrien yang lengkap. Nutrien
ini dikeluarkan secara perlahan dan diserap oleh akar tumbuhan. Kompos
juga mempunyai keupayaan pertukaran kation (KPK) yang tinggi (>60 meq/100
g).KPK yang tinggi menambah keupayaan
tanah memegang baja.
3. FAKTOR
PENTING DALAM MEMBUAT KOMPOS
i) Nisbah C:N
Bahan
asas kompos mempunyai nisbah C:N (karbon-nitrogen) yang tinggi, melebihi
30 dan boleh mencapai 500. Proses
peruputan bahan kompos dibantu oleh mikroorganisma. Secara
purata, mikroorganisma menggunakan 30 bahagian C dan satu bahagian N. Oleh
sebab itu, nisbah C-N dalam lingkungan 30:1 dalam media kompos memberikan
imbangan zat makanan yang sempuma untuk kecekapan aktiviti mikroorganisma.
ii) Suhu
Semasa
proses penguraian bahan organik oleh mikroorganisma, suhu akan meningkat
dan boleh mencapai 600C. Suhu tinggi
ini menunjukkan proses pereputan dan pembentukan kompos berlaku.
iii)
Kandungan
kelembapan
Aktiviti mikroorganisma
bergantung pada kelembapan. Tanpa
kelembapan sebarang aktivitian terhenti. Kandungan
kelembapan sebanyak 50%-60% adalah memadai. Pada
takat ini, bahan kompos nampak lembap tetapi tidak terlalu basah dan air
tidak mudah meleleh apabila diperahkan dengan tangan.
iv)
Oksigen
Mikroorganisma memedukan
oksigen untuk pertumbuhan dan aktif. Apabila proses pereputan terhenti
(suhu menurun), kita perlu dibalik-balikkan timbunan untuk menambah pengudaraan.
v)
Inokulum
dan pH
Mikroorganisma yang terlibat
dalam pembuatan kompos ialah bakteria, kulat dan actinimycetes. Proses
penguraian organik menyebabkan keasidan kompos. Penggunaan
kapur pada peringkat pembinaan longgokan adalah digalakkan.
4. CARA
MEMBUAT KOMPOS
i) Bahan-Bahan
Sisa-sisa
tanaman yang mengandungi bahan karbon yang tinggi dan mudah reput sesuai
dijadikan sebagai bahan kompos. Antara
bahan-bahan yang mudah diperolehi ialah jerami padi, batang jagung, sisa
sayur-sayuran dan buah-buahan, batang tembakau dan sisa dapur. Selain itu
najis-najis haiwan seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kerbau, ikan baja
dan sisa pasar boleh juga digunakan. Bahan-bahan
ini penting sebagai bahan tanambahan dalam timbunan kompos kerana nisbah
C-N yang rendah dan terdapat banyak mikrob didalamnya.
Bahan-bahan
kimia seperti baja urea untuk membaiki nisbah C:N dalam timbunan. Baja
CIRP untuk memberi tenaga permulaan dan mengaktifkan mikroorganisma. Baja
kapur untuk menstabilkan kemasaman timbunan semasa proses penguraian bahan
kompos.
Tanah
atas berorganik boleh juga ditambah sebagai sumber mikroorganisma.
ii)
Peralatan
Alat-alat
yang dipedukan ialah cangkul, skop, pencakar, penyiram dan kayu pancang
dan tikar plastik. Alat-alat ini
diperlukan untuk penyediaan tapak, membaja bmbunan, menyiram, mengalih
dan menentukan kelembapan dan suhu.
iii)
Pemilihan kawasan:
Tapak
untuk diletakkan timbunan kompos sebaiknya hendaklah rata, air tidak mudah
bertakung. Sekiranya perlu di sekeliling
tapak dibuat parit kecil untuk menyalir air yang berlebihan.
Ukuran
tapak timbunan kompos yang biasa disyor dan digunakan ialah 1.2m hingga
1.5m lebar dan 2.5m hingga 3.0m panjang. Saiz
ini adalah didapati bersesuaian.
iv)
Cara
membuat
Letakkan
bahan kompos selapis demi selapis hingga mencapai ketinggian 1.5m iaitu
5 lapisan. Setiap lapisan adalah
0.3m tinggi. Turutan bagi setiap
lapisan ialah lapisan batang jagung/jerami padi yang telah dipadatkan (lebih
kurang 50 kg). Diatasnya ditabur
baja tahi ayam sebanyak 30 kg (1 kampit) dan diikuti dengan 1-2 kg urea
dan 1-2 kg CIRP. Kemudian timbunan
ini disiram dengan air sebanyak 10 liter. Ulang
dengan cara yang sama untuk lapisan kedua.
Pada
lapisan kedua ini, selepas batang jagung/jerami dan tahi ayam, sebanyak
1-2 kg kapur dan 1-2 kg CIRP ditabur diatasnya dan disiram.Perlu
diingat, penggunaan kapur dan urea pada lapisan yang sama tidak digalakkan
kerana akan berlaku perwapan N.
Selepas
siap 4 lapisan, bahagian atasnya di tutup dengan batang jagung/jerami iaitu
sebagai lapisan kelima dan disiram.
Pacak
pancang kayu ditengah timbunan. Tujuan
pancang ini ialah untuk menentukan samada penguraian timbunan beriaku atau
tidak. Proses penguraian akan menghasilkan
haba dan ini dapat diketahui apabila pancang kayu terasa panas. Sekiranya
pancang ini kering siraman perlu dibuat.
Sekiranya
pancang kayu ini tidak terasa panas lagi, ini menunjukkan proses penguraian
telah berhenti atau periahan. Balik-balikkan
timbunan ini supaya timbunan mendapat pengudaraan semula. Biasanya
keda-keda membalik-balikkan timbunan dilakukan setiap 3-4 minggu sekali
sehingga semua batang jagung/jerami menjadi reput. Masa
yang diambil untuk reput keseluruhan ialah diantara 2.5 hingga 3 bulan.
Selepas
60 % reput, adalah digalakkan timbunan kompos ini ditutup dengan tikar
plastik atau dipindahkan ke kawasan berbumbung untuk mengelak daripada
ditimpa hujan dan melarutlesapkan nutrien yang telah terurai.
Kompos
yang telah matang kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia
untuk digunakan atau diproses supaya kelihatan lebih menarik.
5. INDEKS
KEMATANGAN KOMPOS
Proses
penguraian bahan-bahan organik akan menghasilkan kompos. Kompos yang matang
berwama kehitam-hitaman coklat dan ringan, tidak berbau busuk, mudah hancur,
bebas daripada bijibenih rumpai dan organisms perosak tanaman dan mudah
digunakan.
Dari
segi kimia, dalam kompos terdapat kira-kira 3% asid humik dan 5% asid fulvik. Kehadiran
asid organik (humik dan fulvik) sangat penting dalam sistem tumbuhan. Asid
organik ini mempermudahkan pergerakan nutden melalui sel tumbuhan dan bertindak
sebagai 'pembawa' nutrien yang tak mobil melalui sel -sel tumbuhan.
6. KEGUNAAN
KOMPOS
Penggunaan
baja kompos secara berterusan dapat mengekalkan sifat-sifat kimia, fizikal
dan biological tanah disamping membekal nutrien tumbuhan. Perusahaan
pertanian yang intensif dan berterusan dengan penggunaan baja kimia menyebabkan
kandungan bahan organik dalam tanah berkurangan, tanah menjadi padat dan 'mati'. Disamping itu, hasil tanaman
juga semakin merosot. Di Malaysia,
kehilangan karbon organik adalah tinggi (4.5 tan hektar setiap tahun). Baja
kompos sesuai digunakan seperti berikut;
i)
Tanah
campuran
Kompos
boleh digunakan sebagai bahan organik dalam penyediaan tanah campuran. Kadar
campuran 4 bahagian tanah, 2 bahagian kompos dan 2 bahagian pasir adalah
bersesuaian untuk membaiki struktur, meningkat KPK dan keupayaan pegangan
air yang baik.
ii)
Lapisan
penggalak pertumbuhan dalam pasu dan polibeg
Isikan
pasu atau polibeg dengan tanah campuran separuh penuh, kemudian tambahkan
satu lapisan baja kompos setebal 2-4 cm dan seterusnya penuhkan pasu atau
polibeg dengan dengan tanah campuran.
iii)
Baja
asas
Untuk
tanaman sayuran di tanah mineral, gunakan 1-3 tan hektar kompos sebagai
baja asas ditabur diatas batas dan dibalik-balikkan tanah 1-2 minggu sebelum
menabur benih.
Bagi
tanaman seperti cili, tembikai dan tembakau, kompos boleh diletakkan didalam
lubang tanaman semasa menanam dengan kadar 0.5-2 kg sepokok.
Untuk
tanaman padi pula, kadar 3-6 tan hektar disyorkan dengan menabur sebelum
menanam atau dalam tempoh sebelum pokok padi berumur satu bulan.
iv)
Baja
lubang
ntuk pokok buah-buahan, masukkan baja kompos dengan kadar 10-20 kg didalam
lubang tanaman dan digaulkan dengan tanah sebelum menanam anakbenih.Pembajaan
kompos seterusnya dibuat tiap-tiap tahun dengan kadar 10-50 kg sepokok
dengan memasukkan didalam lubang di empat penjuru pokok.
7. PENUTUP
Kebaikan
baja kompos adalah sebagai pemulih dan penyubur tanah disamping dapat membekalkan
nutrien yang lengkap dan berterusan. Kompos
tidak mengandungi bijibenih rumpai dan pathogen perosak tanaman. Kepada
pencinta alam sekitar dan pengamal pertanian organik, kompos menjadi pilihan
utama sebagai sumber baja. Hasil
tanaman adalah lebih bermutu dan bebas dari pencemaran, walaupun jumlah
hasil berkurangan sedikit (5-20%).
Kombinasi
baja kompos dan baja kimia dapat mengekalkan sifat kimia, fizikal dan biologikal
tanah, disamping memaksimumkan pengeluaran secara berterusan.Kos
pengeluaran juga dapat dikurangkan.
RUJUKAN Haga,
K. (1990).Production of compost
from organic wastes.National Inst.
of Agro-Environmental Sci.Japan. Mohd
Razi, M.N. (1995).
Pemprosesan kompos
lepas tuai.
- Nota Kursus Kompos KPW
Peringkat Kebangsaan di KPBT Perlis pada 16-18 Mei 1995. Mohd
Razi, M.N. (1997).Teknik pembuatan kompos.-
Nota Kursus kepada pegawai-pegawai
Jabatan Pertanian Negeri Perlis di KPBT Perlis pada 6 Disember 1997. MohdRazi,M-N-danY.Azman.(1997).
Pemerhatian pembuatan kompos jerami padi.
- Laporan Teknikal Bahagian Pengurusan Tanah,
Jab.Pertanian Teluk Chengai, Kedah. Muhammad
Pilus, Z. (1989).
Status penggunaan
baja organik dalam pertanian.
- Kertas kerja 'Seminar Penggunaan baja Organik' di Pusat Latihan Pertanaian Charok
Padang, Sik pada 5-6 Jun 1989 - Jabatan
Pertanian Neged Kedah. Norhayati
Moris dan M. Verloo. (1984).Characterisation
of organic matter in four soils of Peninsular Malaysia. 1. Extraction,
fractionation and purification of humic subtances.J.
Rubb.Res.Inst.Malaysia,
32(l), 30-39. Zulkifli
H. S., Ahnad Husni M. H. dan Anuar A.R. (eds.) (1994).Combined
use of chemical and organic fertilizers.Proc.
Proper
use of chemical fertilizers combined with organic fertilizers in crop production.UPM.
pp. 253. 17 Januaii 1998 disalin
oleh anirahim@tm.net.my 31 Januari
2001 9.00 malam |
||
Home
||